28 April 2012

In order to survive..I need....

RUMAH SEWA !!!

24 April 2012

Debat Agama Ustazah Pilihan dan Imam Muda

Assalamualaikum pembaca blog tersayang..

Semenjak cuti ni, sempat jugaklah aku layan tv. Kebetulan pulak aku tengok iklan pasal program Debat Agama yang melibatkan Ustazah Pilihan dan jugak Imam Muda. 
Sebelum komen mengenai program ni, aku nak mintak maaf kalau komen aku ni akan bertentangan dengan pendapat segelintir pembaca ataupun sesiapa saja terlibat. Ini cuma pandangan aku. Pandangan seorang Islam, yang tentu sekali bukanlah berniat untuk menjatuhkan Islam..

Aku tengok program ni lebih kepada perdebatan yang tak sihat. Mungkin ada pihak yang cakap, "baguslah program ni. Dapat mencungkil dan berkongsi idea antara pandangan lelaki dan perempuan." tapi bagi aku..program ni lebih kepada meruntuhkan kepercayaan dan keyakinan pada ustazah dan imam muda yang suatu ketika dulu kita kagum dengan kredibiliti masing-masing. 

Tengok je la pada slot yang lepas-lepas, perdebatan tu aku tengok..tak ubah macam pergaduhan dan pertelingkahan pendapat..yang mana aku lihat, masing-masing cuba mempertahankan hujah masing-masing hingga rasional dan releven tu hilang sama sekali. Ustazah yang dah beremosi sampai suara jadi nyaring keranan nak mempertahankan hujah yang langsung tak bernas..dan mungkin senang kalau aku cakap,dah lari topik pun ada..Manakala si imam muda ni pulak lebih lantang memperlekeh dan menyalahkan golongan wanita dalam kes pembuangan bayi. Di sini aku lihat, bukan jalan penyelesaian dan permasalahan yang didebatkan..Tapi lebih kepada salah menyalah antara lelaki dan wanita.

Mungkin kalian patut belajar bagaimana mengawal cara pertuturan dalam sesuatu perdebatan. Ekspresi muka juga turut memainkan peranan penting. Kalau antara penonton dapat lihat, ada ketika si pendebat menunjukkan ekspresi muka , i mean plus dengan body gestures yang kadang-kadang memperlihatkan bahawa mereka sangat tidak professional bila berdebat. 

Percayalah..sesuatu yang dirangka dengan niat yang baik..tapi tak dipantau..mungkin jugak akan jadi sesuatu yang tak baik. Harap pihak yang berkenaan dapat kaji semula tentang program ni. Lebih banyak baik..atau lebih banyak buruk..Jangan merendahkan Islam dengan perdebatan yang tak sihat macam ni.



22 April 2012

Assalamualaikum semua...

Dah dua hari kat rumah. Aku banyak tido je. Tak produktif langsung.. Biasa lepas zohor je, mata ni akan terus mengantuk cam ade berjuta-juta syaitooonirrajim bergayut. Sebenarnya this is a quick update. Aku nak upload gambar aku di Cherating..tu je.. Pemalas!

jeng! jeng! Tak payah nak gosip sangatlah...tu mizi..dak kelas aku..

inilah warga Bougainvillea Garden

 dari belakang..Nor, Mimi, Fatin..depan Nik, Aku, Amanti


Ni roomate aku... Nick, Aku, Nadia, and the last is Nor

Ni plak Faza..

 Eh, aku lagi..aku pun tak sedar bile gambar ni diorang snap. Tau-tau je dah ade dalam folder picture..
This one is CANDID!!

Ok fine..Gambar ni aku belakon je.. Tapi memang aku tengah menulis..Cuma taklah setekun tu..

Semenjak kebelakangan ni aku seringkali bergambar dengan "peace"...aku pun tak fehe...

Teke apa aku belajar kat sini...Aku belajar wat ketupat weh..Bukan ketupat mulut korang tu tau.. Ketupat nasi ni ha..

Aku masuk choral speaking..haha..lawak sangat time ni. Kitorang lupa script. Paling aku takleh tahan, ayat "Horey!!" sepatutnye kitorang sebut ramai-ramai..Tapi sebab lupa..Nik sorang je yang jerit.."Horeyy!"

 Waktu ni kitorang prepare untuk MEGATREND.. Aku la yang jadi ala-ala mastermind bab-bab mendecorate menggunakan bahan terpakai...sadis je..


 This war is between aku dan dia..opsss. Haha..gurau je..ni Amanti..Kadang-kadang aku treat die cam adik aku pun ade gak. Tapi semenjak bertemu jodoh kat sini, so dah bawak haluan la ye..ape-ape pun all the best ye dik..

Here we are..sharing our life...

Kan aku dah cakap..bab guna otak buat menda pelik-pelik..aku je..

 Aku nak pegang board tu? kirim salam je la..


Ni la group aku...

21 April 2012

It Is the Time to Leave...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya menghabiskan 2bulan di Cherating dengan jayanya. Lepas ni, aku akan training selama 6 bulan. Letih jugak bila kene training jauh-jauh..Aku dapat kat KL. Aku tak suke pergi KL. Aku tak suke tempat yang sesak macam tu. Tapi kat situ la tempat aku tercampak..Haish..Kecewa jugak la kan.. Sebab aku berharap sangat aku dapat kat Kuantan je. Senang aku nak balik rumah and berbuka puasa kat rumah. hadoi...

Cammane la hidup aku nanti kan..ramai jugak yang dapat praktikal kat tempat yang sama dengan aku. Majoriti dari kelas aku..aku rasa la..Alhamdulillah..wish luck for you guys..Harap-harap lepas dapat placement ni, company akan terus serap aku untuk kerja dengan diorang.

But then, again..possibility untuk dapat tu agak low sebab ramai candidates yang dapat placement dekat situ kan.. So, ape-ape pun semua terletak di tangan Allah. Ada rezeki, adalah untuk aku. Dan kalau tak dapat kerja kat situ pun, maknanya..mungkin perkara tu tak baik untuk aku..Dan tentunya Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk aku, Insyaallah..

Malam tadi aku sampai termimpi-mimpi kat kawan aku di Cherating.. Aku mimpi kita sama-sama main bola jaring.. To Nik, one of my new friend yang rapat dengan aku..thanks sebab ajar aku main ping pong. Daripada tak reti nak pukul bola, sampai aku pandai pukul bola..hehe..thanks again. 
to Nor, my roomate..thanks sebab selalu buat aku tergelak tengok mata ko yang sepet tu.. Sorila..dulu aku selalu ingat ko mengantuk..rupanya memang mata ko macam tu..Tapi ko baik..To Faza, aku cyg ko selalu..dalam kelas ko pun antara yang rapat dengan aku..I'm sure I'm gonna miss you. and to my friends, thanks for being a supporting nice friend..

Sorry, aku tak dapat nak upload gambar wat masa ni..Next time la..bila aku rajin terlebih nanti aku upload..

08 April 2012

Saya tetap kawan awak.......

Dunia aku di Suria Cherating Resort

Diam tak diam, dah dekat dua bulan aku dekat Suria Cherating Resort. Mula-mula dulu aku fokus pada tujuan asal aku ke sini..nak menuntut ilmu.. Alhamdulillah..ada jugak ilmu yang aku dapat kat sini. Mungkin tak sebanyak yang aku harapkan.. Dalam pada tu, banyak jugak hal yang dah berlaku. Ada hal yang seronok, ada hal yang sedih.. 

Kat GEMS ni macam-macam orang aku jumpe..orang first yang aku jumpe, adalah roomate aku sendiri. Sorang budak melaka and sorang lagi budak terengganu. First week punye cuti kitorang dah pegi jalan ke Kuantan. Sesat kat Kuantan ni dah kire normal la bagi aku. Sebab aku memang susah sket nak ingat jalan.
Masuk second week, kitorang ade cuti 2hari..sabtu and ahad. Time tu aku balik Chini. Hantar kereta + basuh baju kat umah. Jimat duit la konon. Padahal duit minyak same banyak je kan.

Masuk 3rd week and seterusnya..aku dah tak dapat balik lagi dah. Sebab cuti cuma sehari and aku pun tak de transport nak gerak gi mana-mana...and hey! guess what...sekarang tinggal lagi dua minggu nak habis..
banyak gambar aku nak letak sebenarnye. Tapi...nantilah..tunggu aku rajin terlebih dulu ye.. daaa....

27 March 2012

So Much to Fix

We fight..then we came back to normal again..But then, we fight again..
It is non stop fight until each of us being hurted by ourselves.
I don't know what is right, what is wrong..
I don't know what you are doing... I don't know where are you now..
Where would I find you..How..
I always pray that it will not happen again..
How I miss the good memory we had..

12 February 2012

At Last...

Bila apa yang dikata tak seiring dengan hati..
Bila janji seringkali tak ditepati..

Asing..Rasa terbiar sepi...
Mungkin tiada yang mengerti..
Hanya aku yang merasa sendiri..
Terburu-buru kah keputusan ini..
Terasa seperti sumpah memakan diri..

Aku melihat di sekeliling..
Segalanya sudah pasti..
Ibarat layang yang terputus tali..
Hanya menanti..
Rebah ke bumi..

Kau menabur janji...
Namun tak kau tepati...
Dan biarkan seolah akhirnya aku yang memungkiri..
Agar tidak kau kesali di dalam hati

Harus pada siapa untukku berkongsi..

Mungkin akhirnya..begini..

Lekaslah masa berlalu..
Agar boleh dipadam semua memori..
Kalau memilih untuk pergi...
Bawalah sekali kenangan yang mengguris hati ini..




12.2.2012








Today Should be Better Than Yesterday

Kadang-kadang bila kita sedar kita telah kehilangan sesuatu..sebenarnya, waktu tu sudah terlambat untuk kita patah balik ke belakang. Yang mampu kita buat cuma melangkah terus kedepan.. melangkah.. melangkah... dan terus melangkah. Ada kalanya kita menoleh, tapi waktu yang telah berlalu..dah jauh kita tinggalkan.  Yang ada bersama kita, cuma kenangan yang tak mampu dilupakan.

Kadangkala juga, lebih mudah untuk berkata, "pilihlah orang yang mencintai kamu melebihi dari orang yang kamu cintai..kerana dengan memilih orang yang mencintai kamu..kamu akan lebih bahagia."  Sebenarnya, aku pun tak tau antara dua itu, mana yang lebih betul. Ataupun, memang tiada yang betul, dan tak ada juga yang salah. Terpulang pada individu untuk mentafsirkan semuanya.

Mungkin kadangkala kita terfikir, alangkah bagusnya kalau masa itu berulang kembali. Supaya dapat kita perbetulkan apa yang salah. Tapi kita silap! Kenapa kita tak perbetulkan apa yang akan kita lakukan akan datang..supaya apa yang bakal kita lakukan, tidak akan seperti semalam,atau kelmarin. Bukankah hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam..dan hari esok juga sepatunya bakal menjadi lebih baik dari hari ini?

Mungkin...ada kalanya kita takut untuk membuat keputusan. Kerana kita tak yakin dengan keputusan yang bakal kita buat. Sebab kita takut, kita membuat keputusan yang salah. Kita hampir-hampir menghentikan langkah yang kita atur. Sebab kita takut langkah yang salah akan membuatkan kita tersungkur.  Ibarat kaki yang terpaksa melangkah di dalam gelap. Tanpa cahaya atau sebarang petunjuk. Kalau kita melangkah, mungkin kita akan sampai ke destinasi..Mungkin di dalam setiap langkah itu, kita akan tersungkur. Tapi setiap sungkuran itu mengajar kita untuk lebih berhati-hati. Tapi..kalau kita berhenti melangkah..mungkinkah kita akan jumpa jalan keluar? Mungkinkah kita akan jumpa apa yang bakal kita temui di hadapan nanti?

Kita cuba berlagak seolah-olah kita orang yang bijak dengan mengambil langkah selamat tanpa berbuat apa-apa. Tapi sebenarnya kita silap.  Sekali lagi kita tersilap dalam membuat percaturan... Sebenarnya kita adalah orang yang membuatkan keadaan menjadi lebih buruk...

08 February 2012

If You Ever Know What I Feel

Pernahkan kamu merasakan
bahawa kau sanggup melakukan apa saja
demi seseorang yang kamu cintai

meski kamu tahu ia takkan pernah peduli

ataupun....

ia peduli dan mengerti
tapi...
ia tetap pergi....

Pernahkah kamu merasakan....
hebatnya cinta...
tersenyum kala terluka..
menangis kala bahagia...
bersedih kala bersama...
tertawa kala berpisah...

Aku pernah...

aku pernah tersenyum meski ku terluka

kerana...

ku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku
aku pernah menangis kala bahagia

kerana...
ku takut kebahagiaan cinta ini kan sirna begitu saja

aku pernah bersedih kala bersamanya
kerana....

ku takut kan kehilangan dia suatu saat nanti

dan....

aku juga pernah tertawa...
saat berpisah dengannya

kerana...

sekali lagi cinta tak harus memiliki
dan....
Tuhan pasti telah menyiapkan cinta yang lain
untukku.....




if you ever know what I feel-

 
Adi Alida © 2007 Template feito por Áurea R.C.